baca ya…

Dimulakan dengan basmalah
Assalamu’alaikum Wr.Wb.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya
lalu beliau bertanya ( Teka-Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita
didunia ini?”
Murid 1 = ” Orang tua ”
Murid 2 = ” Guru ”
Murid 3 = ” Teman ”
Murid 4 = ” Kaum kerabat

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa
setiap yang bernyawa
pasti akan mati ( Surah
Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia
ini?”
Murid 1 = ” Negeri Cina ”
Murid 2 = ” Bulan”
Murid 3 = ” Matahari ”
Murid 4 = ” Bintang-bintang ”

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun
kenderaan kita,
tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini,
hari esok dan hari-hari yang
akan datang
dengan perbuatan yang sesuai
dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung ”
Murid 2 = ” Matahari ”
Murid 3 = ” Bumi ”
Murid 4 = (izin ke belakang)

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar,
tapi yg besar sekali adlh HAWA
NAFSU (Al A’raf: 179).
Maka kita harus hati-hati
dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita
membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia
Murid 1 = ” Baja”
Murid 2 = ” Besi”
Murid 3 = ” Gajah ”
Murid 4 = (belum kembali dari belakang)

Imam Ghazali = ” Semua itu benar,
tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang,
gunung, dan malaikat
semua tidak mampu ketika Allah
SWT
meminta mereka menjadi
khalifah(pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah
SWT
sehingga banyak manusia masuk
ke neraka
kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin ”
Murid 3 = ” Debu ”
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang
paling
ringan sekali didunia ini
adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau
urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia
ini”
Murid 1,2,3,4 = “Pedang ”

Imam Ghazali = ” Itu benar,
tapi yang paling tajam sekali
didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia
dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai
perasaan saudaranya sendiri ”

wallahu alam…
Diakhiri dengan hamdalah
Wassalamu’alaikum Wr.wb.

Leave a comment

Filed under Artikel

Leave a comment